Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah

, , No Comments
Hari ini SK Holy Trinity mengadakan Program Kem Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah yang dilancarkan oleh En. Fred Lajot Junior, Penolong Kanan Kurikulum SK Holy Trinity. Dalam ucapannya, beliau menggesa murid-murid agar membudayakan amalan membaca dalam kehidupan. Membaca banyak membawa manfaat kepada murid-murid yang suka membaca. Selain menambah pengetahuan, murid yang suka membaca akan dapat memperkayakan perbendaharaan kata. Program ini adalah program anjuran Pusat Sumber Sekolah.

Kem Membaca 1Malaysia merupakan 1 aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) bertujuan untuk menggalakkan pembacaan untuk mengisi waktu dan seterusnya mengekalkan momentum pembelajaran murid.









0 comments:

Post a Comment