Sejarah Sk. Holy Trinity Tawau

, , No Comments
Sekolah Kebangsaan Holy Trinity ditubuhkan pada tahun 1922 oleh masyarakat setempat di bawah seliaan Mill Hill Fathers yang berpusat di Sandakan. Pengasas sekolah Rev. Father A.Sotter dari St.Joseph’s Forein Missionary Mill Hill Society. Guru Besar pertamanya adalah Encik Stephen Sim Kee Hong (1922-1929). Guru Besar Padri yang pertama ialah Rev. Father A. McCarthy seorang padri Gereja Roman Katolik. Rev Father Mualders mengambil alih hingga ke zaman pendudukan Jepun di Tawau pada tahun 1941. Rev. Father Mualders di tawan oleh pihak Jepun dan dipenjarakan di Penjara Kuching Sarawak sehingga tahun 1945.

Semua bangunan sekolah dan gereja telah dimusnahkan oleh pihak Jepun pada tahun 1941 hingga tahun 1945. Sekembalinya Rev. Father Mualders ke Tawau, iaitu pada tahun 1945, beliau telah memulakan pemulihan dari semua aspek. Kerja pembinaan semula sekolahmenjadi satu cabaran utama kerana kemusnahan semasa peperangan. Pada masa yang sama bahan binaan amat sukar diperolehi. Beliau memulakan kerja-kerja pembinaan dengan menggunakan bahan daripada bekas bangunan rumah yang terdapat di kawasan tapak sekolah. Rumah tersebut milik seorang Eropah bernama Darret. Dengan itu Rev. Father Mualders berjaya membina sebuah bangunan sekolah sementara dan menamakannya “Darret House”. Sekolah itu telah dirasmikan pada bulan February 1946 dengan murid seramai 46 orang di 4 buah kelas. Rev. Father Mualders mengambil tugas untuk 2 buah kelas ( Darjah 3 dan 4 ) sementara 2 kelas lagi oleh 2 guru lain.

Rev. Father Mualders mempunyai 6 orang penghuni asrama yang tinggal bersamanya di Derrat House. Beliau menggunakan masa selepas waktu persekolahan untuk membina bilik darjah tambahan daripada bahan-banah kayu yang telah lama tidak digunakan yang terdapat berhampiran kawasan sekolah. Seorang Pengurus Ladang yang bertugas di Ladang Table juga telah mendermakan papan dan beruti. Dalam cuti sekolah penggal 2 ( Jun/Julai) 1946, beliau bersama penghuni asrama membina lebih banyak bilik kelas untuk penggan 3. Mereka telah berjaya membina 4 bilik tambahan.
Penggan 3 ( Pertangahan Julai 1946 ) bermula dengan murid yang bertambah kepada 100 orang. majoriti adalah dari kalangan Cina, 15 orang Melayu dan 6 orang India. Pada penggal 3 1946 lebih banyak kelas dibina bagi menampung pertambahan murid. Pada tahun 1947, terdapat 8 kelas, 5 dalam aliran Bahasa Inggeris dan 3 dalam aliran Bahasa Cina. Pada penghujung 1947, Rev. Father Mualders bercuti ke Belanda dan Rev. Father Shaun, kemudia Rev. father Walsh mengambil alih tugas-tugas guru besar. Rev. Father Mualders kembali pada Oktober 1948 dan meneruskan tugas sebagai guru besar. Beliau bertanggungjawab menyelanggara segala kemudahan di sekolah termasuk membina rumah guru.

Beliau telah ditukarkan pada February 1949 dan perkembangan sekolah semakin pesat dengan pertambahan murid kepada 150 orang. pada tahun 1955 pertambahan murid yang pesat menjadikan kelas tidak mencukupi. Ketika itu, SRK Holy Trinity merupakan satu-satunya sekolah aliran Bahasa Inggeris daripada lima buah sekolah yang terdapat di Tawau. Yang lainnya adalah aliran bahasa Cina. Keputusan untuk menutup kelas bahasa Cina telah diambil untuk menambah kelas Bahasa Inggeris. Perubahan itu dibuat untuk menampatkan lulusan dari sekolah lain ( aliran Melayu 7 Inggeris ) yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Bahasa Inggeris.

Pada tahun 1956, Rev. Father Bekama telah memperolehi sejumlah kewangan yang mencukupi untuk membina bangunan dua tingkat dengan 8 bilik kelas.Tahun 1957, blok bangunan kedua dengan 6 bilik kelas dibina. Kedua-dua blok ini berhampiran dengan sungai Tawau. Enam daripada lapan bilik kelas adalah untuk sekolah menengah. Dengan pertambahan jumlah murid di sekolah Rendah dan Menengah, Sekolah Rendah dan Menangah diasingkan. Pada tahun 1961, Rev. father Bekama ditukarkan ke Kota Kinabaludan Rev. Father Rainer menggantikan tempat beliau. Beliau berkhidmat sehingga tahun 1964 dan seterusnya Rev. Father Hill mengambil alih. Semasa Rev. Father Hill, segala urusan pentadbiran sekolah diserahkan kepada “Blue Sisters”.

Mother Xavier merupakan Blue Sister yang pertama menjawat jawatan Guru besar sehingga tahun 1975. Sister Celestina mengambil alih jawatan Guru Besar sehingga 1988. Pada masa yang sama, beliau menganbil bercuti untuk melanjutkan pelajarandan Encik Jimmy Ngali Gosod dilantikpemangku Guru Besar. Sister Celestina kembali bertugas pada 01-07-1989. Pada tahun 1990Encik Julius Mojilin dilantik sebagai guru besar sehingga 3 Jul;ai 1992. Tugas guru besar diambil alih oleh Puan Elizabeth Lok Fae Ling daripada Jemaah Nazir Sekolah Sabah, Zon Tawau.
Sebuah blok bangunan 2 tingkat dengan 14 bilik kelas dan sebuah blok pentadbiran telah dibina pada tahun 1989 dengan kos RM400,000.00. Pada 8 Mei 1990, Sk Holy Trinity berpindah ke bangunan baru di tapak berhampiran Sek. Men. Holy Trinity. Dari tahun 1991-1992, beberapa kemudahan asas seperti pagar, padang sekolah dan pembinaan 2 bilik kelas tambahan serta sebuah rumah Guru Besar dan sebuah stor yang diusahakan oleh Lembaga Sekolah. Pembangunan keceriaan sekolah yang dilaksanakan secara berterusan diusahakan oleh warga sekolah. Kemudahan keselamatan kenderaan guru-guru ( Garaj) telah dibina pada awal tahun 1993.

Pada penghujung 1994, Puan Elizabeth Lok telah ditukarkan dan Puan Mary Magdalen wong @ Doren Wong telah memangku jawatan Guru Besar dari bulan January hingga Jun 1995. Pada bulan Julai 1995, Encik Francis Lamun daripada Jemaah nazir Sekolah Zon Kota Kinabalu telah dilantik Guru Besar sehingga bulan Mei 2000. Beliau telah ditukarkan ke Tamparuli. Jawatan Guru Besar di ambil alih oleh Encik Leonello Mirasol mulai Jun 2000 yang ditkarkan dari sk Brumas . Beliau adalah bekas nazir sekolah zon Tawau.

0 comments:

Post a Comment