Anugerah Murid Cemerlang Akademik Dan Kokurikulum 2014

, , No Comments
Majlis Anugerah Murid Cemerlang Akademik Dan Kokurikulum 2014 telah berlangsung pada 17 April 2015, bersamaan hari Jumaat bertempat di Dewan Dewan Terbuka SK Holy Trinity Tawau. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 tengah hari.

Objektif Majlis Anugerah Cemerlang diadakan untuk memberi penghargaan oleh pihak sekolah dan PIBG kepada para pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum tahun 2014. Ketibaan para tetamu jemputan dan ibu bapa serta tetamu kehormat bermula pada pukul 7.30 pagi. Para penerima anugerah telah mendaftarkan kehadiran mereka di meja pendaftaran dan mereka berkumpul di Dewan Terbuka SK Holy Trinity Tawau sementara menunggu tetamu kehormat tiba. Sesi pendaftaran kehadiran para jemputan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Majlis Anugerah Murid Cemerlang Akademik Dan Kokurikulum 2014 SK Holy Trinity telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tawau iaitu Encik Gavi Markus, Pegawai Unit Bahasa. Dalam ucapan beliau menggesa agar sekolah ini terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. SK Holy Trinity merupakan antara Top 10 cemerlang UPSR 2014. Selain itu juga cemerlang dalam kokurikulum dimana ada murid menyertai pertandingan Muay Thai di peringkat antarabangsa.

Majlis Anugerah Murid Cemerlang Akademik Dan Kokurikulum 2014 diserikan dengan persembahan tarian murid-murid SK Holy Trinity yang dipimpin oleh cikgu Lailan Said.



Galeri sekitar Majlis Anugerah Murid Cemerlang Akademik Dan Kokurikulum 2014.








0 comments:

Post a Comment