Majlis penutupan bulan kemerdekaan peringkat sekolah SK Holy Trinity 2018

, , No Comments
Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2018 telah berlangsung dan telah dirasmikan oleh Encik Jhonny Gumbiled, Guru Besar SK. Holy Trinity Tawau.

Program bermula pada pukul 9.00 pagi  dengan gimik penutupan  bulan kemerdekaan disempurnakan oleh guru besar dan penolong-penolong kanan, juga diserikan dengan persembahan lagu-lagu patriotik oleh adik Marsha dan Evelyn Oliver. Kemuncak majlis penutupan ialah pertandingan akhir nyanyian lagu patriotik, persembahan berkumpulan.

Pemenang bagi setiap kategori pertandingan turut menerima hadiah masing-masing.

Sempena bulan kemerdekaan pelbagai acara diadakan di sekolah seperti pertandingan menyanyi lagu patriotik, mendeklamasi sajak, mewarna, melukis poster, kuiz kenegaraan.

Walaupun program itu dijalankan di peringkat sekolah sahaja, namun pelaksanaannya dibuat dengan teliti bagi memberikan impak  kepada murid selain memperkukuhkan ikatan rakan sekerja dalam kalangan guru.

0 comments:

Post a Comment