Menjawab soalan latihan agak membosankan kerana murid-murid kena mencari jawaban selepas menjawab soalan. Harap ibu bapa membantu memeriksa latihan murid-murid, ibu bapa pun mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan.
Bagaimana jika murid-murid menjawab soalan, kemudian murid-murid mendapat markah sebaik selesai menjawab soalan? Murid-murid tidak perlu lagi mencari jawaban bagi setiap soalan yang dijawab. Ini sesuatu yang sangat menyeronokkan. Murid-murid hanya memerlukan sebuah komputer yang ada akses internet. Mengapa ada akses internet? Jika tidak ada akses internet, bagaimana murid-murid singgah di halaman ini pula?
Satu aplikasi yang mengandungi soalan telah dicipta bagi memudahkan murid-murid membuat ulangkaji. Melalui aplikasi ini, murid akan mendapat keputusan sebaik sahaja selesai menjawab soalan. Dengan aplikasi ini, diharapkan murid yang mendapat keputusan yang rendah ataupun lemah dalam kemahiran tertentu dapat melipat gandakan usaha untuk memelajari kemahiran tersebut.
Baiklah murid-murid tanpa membuang masa sila download aplikasi soalan ini melalui link di bawah, dan kalau berasakan aplikasi ini berguna, jangan lupa ceritakan kepada rakan-rakan yang lain atau sekurang-kurangnya syorkan rakan-rakan mencuba.. Komen murid-murid amat diharapkan untuk penambahbaikan aplikasi ini. Terima kasih.
[ download ] Soalan Ulangkaji Bulam Mei 2015
0 comments:
Post a Comment