Cara mengatasi hidden folder disebabkan oleh virus

, , No Comments
Salam sejahtera cikgu-cikgu semua. Cikgu-cikgu mungkin pernah mengalami situasi kehilangan dokumen dalam pendrive yang disebabkan oleh virus. Virus, worm, trojan dan segala jenis malware, memang sangat menyusahkan dan memeningkan kepala nak remove.

Cikgu-cikgu selalu berkongsi dokumen dengan rakan-rakan sekerja. Malangnya ada guru-guru ni tau guna komputer tetapi tidak pandai jaga komputer. Sebab itu komputer menjadi kandang penternakan virus. Pendrive biasanya selalu kena virus. Ambil dokumen daripada komputer rakan, bukan sahaja dokumen tidak dapat malah dokumen sendiri juga lesap dari penglihatan anda akibat virus. Jika anda dalam situasi ini, anda pasti berasa gusar lebih-lebih lagi jika pendrive anda mengandungi dokumen yang penting. Malah, anda boleh menitiskan air mata jika kerja kursus anda ada dalam pendrive tersebut. Jadi apa yang anda perlu lakukan? Releks saja cikgu..

Scan dengan KAV2015 atau ke atas mengikut tahun anda membaca entri ini. Pastikan yang berbayar. Kalau benda percuma dia punya kemampuan pun sesuai dengan status percumanya. Jadi kalau masih guna KAV percuma, upgrade kepada yang full version. Penulis menggunakan bitdefender kerana mengikut rekod, ia merupakan penghapus virus yang pertama dunia.

Selepas anda scan pendrive anda, folder yang terdapat dalam pendrive atau komputer anda masih juga tidak kelihatan. Walaupun tidak kelihatan tetapi jika dilihat daripada paparan bahagian  properties menunjukkan ia masih ada isi.

Mari kita sama-sama selesaikan masalah cikgu-cikgu..

Jika anda menghadapi masalah sedemikian, jangan bimbang… ada cara mudah untuk menyelesaikannya.

Untuk memulihkan folder yang telah dihidden disebabkan virus…pertama sekali buka command prompt; tekan start menu > run > taip cmd.

Untuk memulihkan folder2 dalam drive C: dalam cmd, taip attrib c:\*.* /d /s -h -r -s

Untuk memulihkan folder2 dalam drive D; dalam cmd, taip attrib d:\*.* /d /s -h -r -s

Untuk mengetahui apakah command di atas, dalam cmd, taip help attrib

Anda boleh manipulasi command tersebut untuk drive lain selain C dan D. Prosesnya juga mungkin mengambil masa yang lama, bergantung kepada bilangan folder dan kemampuan komputer anda.

Jika anda kurang selesa dengan cara di atas, anda boleh download dan run unhide hidden folder di sini.

Selamat mencuba.

Software

Terdapat software yang dikenali Hidden file tool yang dapat recover hidden folder dan menukar balik kepada folder asal. Cepat dan senang digunakan, anda boleh skip cara manual diatas.


0 comments:

Post a Comment