Latihan sukan sekolah

, , No Comments
Sekolah akan mengadakan Majlis Sukan Sekolah pada 22.01.2009. Sehubungan dengan itu, sekolah mencari bakat-bakat murid-murid sekolah bagi mewakili sekolah ke sukan peringkat Zon Bandar Selatan.

Guru-guru kini sedang giat melatih murid-murid mengikut rumah masing-masing. Di antara rumah-rumah sukan yang bakal berentap pada sukan sekolah akan datang adalah Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Jebat, Rumah Mat Kilau, Rumah Mat Salleh.

Setiausaha sukan pada tahun ini ialah Encik Irwan Yacob Yang baru bertugas di sekolah ini. Beliau telah diberi kepercayaan memegang jawatan setiausaha sukan yang dipegang oleh Encik Anuar Darise sebelum ini. Encik Irwan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sukan semasa bertugas di SK. Bandar Tawau sudah tentu mempunyai perancangan untuk membawa kecemerlangan sukan olah raga sekolah. Semoga dengan pengalaman beliau akan membawa sekolah menjadi juara pada sukan peringkat Zon Selatan kelak.

Akhirnya pihak sekolah berharap agar ibu bapa memberi sokongan dan galakan agar anak-anak mereka mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi menjayakan sukan sekolah.

0 comments:

Post a Comment