Keputusan kini sudah diumumkan. Dalam tinjauan saya ada yang melompat-lompat, ada yang menangis dan tidak kurang juga yang tiada perasaan apa-apa. Murid-murid yang mendapat 5A sudah semestinya berasa sungguh gembira. Mereka yang tidak berjaya mendapat 5A hanya mampu menitiskan air mata. Hmm.. bagi yang tiada minat untuk belajar, gagalpun tidak manjadi satu masalah.. Kepada murid-murid yang berjaya, saya ucapkan tahniah dan tahniah juga kepada semua kakitangan sekolah kerana atas semangan bekerja satu bumbung, sekali lagi keputusan UPSR pada tahun ini meningkat.
p.s : Perincian peratus keputusan tidak dapat disiarkan bagi mematuhi Pekeliling yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran.
Cikgu Hou dan Cikgu Subiarni diasak oleh murid-murid ketika menampalkan keputusan UPSR di papan kenyataan.
Antara murid yang mendapat 5A, Mohd. Fikri dan Mohd. Edzral
Murid-murid berasak-asak mengetahui keputusan masing-masing.
0 comments:
Post a Comment