Majlis jasamu dikenang dan restu ilmu

, , No Comments
Tinggal beberapa hari lagi murid tahun 6 akan meninggalkan sekolah untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Maka dengan itu murid tahun enam telah mengadakan majlis jasamu dikenang dan restu ilmu. Majlis ini dikendalikan sepenuhnya oleh murid-murid tahun enam dengan nasihat dan bimbingan guru-guru tahun enam.

Majlis diadakan di dewan Gereja Holy Trinity. Acara dimulakan dengan paluan pasukan kompang murid-murid tahun enam. Selepas sahaja uapan guru besar, majlis simbolik restu ilmu dimulakan. Pelbagai persembahan yang diadakan oleh murid-murid tahun enam. Persembahan mereka memang amat menghiburkan kepada semua tetamu yang hadir. Antara persembahan yang dipersembahkan ialah tarian, Koir, lakonan dan banyak lagi.

Majlis diakhri dengan penyampaian penghargaan kepada murid-murid yang banyak memberikan sumbangan kepada sekolah ketika mereka berada di tahun 6.

Pihak sekolah menguapkan selamat maju jaya kepada semua murid tahun enam dan jaga nama baik sekola anda apabila berada di sekolah menengah.

Gambar :

0 comments:

Post a Comment