Pelancaran Jom Ke Sekolah dan Peti Aduan Disiplin

, , 1 comment
SK Holy Trinity dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah mengadakan program Jom Ke Sekolah pada hari ini serentak di semua sekolah di seluruh negara. Majlis Pelancaran Peringkat sekolah Holy Trinity telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) iaitu SM Amran Sulaiman dari Cawangan Narkotik IPD Tawau.

Majlis didahului dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah. Penolong Kanan Pentadbiran seterusnya menyampaikan ucapan perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia. Sementara itu wakil PDRM iaitu Sarjan Mager Amran Sulaiman pula menyampaikan ucapan perutusan daripada Ketua Polis Negara. Dalam ucapan beliau juga menyarankan murid-murid supaya menjauhi kesalahan jenayah seperti menghisap gam dan mengambil dadah kerana tindakan tetap akan diambil tanpa mengira kedudukan.

Seterusnya, SM Amran melancarkan peti aduan disiplin salah laku didiplin di mana murid memasukan aduan ke dalam kotak aduan sebagai simbolik pelancaran peti aduan didiplin.















1 comment: