Majlis Persaraan Guru Besar Cemerlang Sir Leonilo Mirasol

, , No Comments
Hari ini 16 Januari merupakan hari terakhir Guru Besar Cemerlang Sir Leonilo Mirasol bertugas di SK Holy Trinity kerana bersara wajib. Beliau menjalankan tugas sebagai guru besar di SK Holy Trinity sejak 2000. Selama 16 tahun beliau membina SK Holy Trinity telah membuahkan hasil apabila keputusan peperiksaan UPSR meningkat pada setiap tahun. SK Holy Trinity mencapai kemuncak kecemerlangan apabila tersenarai berada dalam 10 sekolah terbaik keputusan peperiksaan UPSR peringkat negeri Sabah.

Beliau merupakan seorang guru besar cool, tidak pernah meninggikan suara terhadap guru-gurunya. Beliau percaya guru yang ceria merupakan guru produktif. Beliau sememangnya berbeza dengan guru besar lain kerana mengambil pendekatan mesra kepada kakitangannya. Ini menyebabkan beliau begitu disegani dan dihormati di sekolah. Beliau percaya senyuman merupakan pendorong guru-guru melakukan kerja masing-masing.

Guru Besar Prihatin

Sir Leonilo merupakan seorang guru besar yang sangat prihatin akan kebajikan guru-gurunya. Apabila ada kakitangan yang menghadapi masalah, beliau berusaha mencari jalan untuk memberikan bantuan. Hanya guru-guru di bawah jagaan beliau sahaja yang mengetahui betapa beliau merupakan seorang Bos yang sangat baik dan tidak hairanlah pemergian beliau diiringi dengan tangisan, kesedihan oleh guru-guru dan AKS.

Selamat Bersara Sir Leonilo

16 Januari merupakan hari yang sangat menyedihkan buat 64 kakitangan sekolah khususnya dan semua murid SK Holy Trinity. Kalibat beliau pasti akan dirindui oleh warga sekolah. Semoga berjumpa lagi.



0 comments:

Post a Comment