Program oriantasi Tahun 4 telah diadakan pada 12 hingga 15 Januari 2016. Pelbagai aktiviti yang dirancang telah dijalankan sepanjang program orientasi dijalankan.
Peralihan dari Tahap 1 ke Tahap 2 merupakan satu proses penyesuaian diri yang perlu diambil berat dalam kalangan murid-murid Tahun 4 kerana murid-murid akan didedahkan dengan mata palajaran baru, kegiatan aktiviti kokurikulum, masa rehat dan pulang yang berbeza semasa di sesi petang . Murid Tahun 4 juga perlu menyesuaikan diri tentang situasi yang berbeza semasa di Tahap 1 dan bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi situasi tersebut. Selain itu murid-murid Tahun 4 perlu mengenali guru-guru yang bakal mengajar mereka dalam bilik darjah. Oleh yang demikian sekolah ini telah mengadakan Program Orientasi terhadap murid-murid Tahun 4 bagi merealisasikan matlamat. Adalah diharapkan murid-murid ini akan dapat mengikuti suasana pembelajaran yang lebih mendatangkan pengaruh dan kesan yang positif dalam diri masing-masing.
Tahniah kepada HEM dan semua guru-guru tahun 4 kerana berjaya menjayakan program orientasi dengan jayanya.
0 comments:
Post a Comment