Program Pembangunan Bakat Sukan Akar Umbi Kebangsaan - Mytid - yang telah dilaksanakan di sekolah ini pada 27.10.2015..Program ini melibatkan seramai 130 orang murid tahun 1 dan 8 org penguji.
Murid tahun satu ini melalui ujian saringan bagi bakat atlet muda melalui Program Pengenal pastian Bakat dari Peringkat Akar Umbi (MyTID).
Murid dikenal pasti mempunyai bakat dari segi kepantasan, kekuatan, kelenturan dan sebagainya akan di tempatkan di Pusat Multilateral yang memberi penekanan kepada olahraga, gimnastik dan sebagainya.
Bateri ujian membabitkan aspek antropometrik iaitu pengukuran ketinggian serta berat badan; kelenturan iaitu jangkauan melunjur; kelajuan iaitu 20 meter lari pecut; kuasa iaitu lompat jauh berdiri dan koordinasi iaitu baling serta tangkap.
Semoga dengan adanya program seumpama ini, lebih awal bakat-bakat pelajar dikesan dalam bidang sukan.
Program Pembangunan Bakat Sukan Akar Umbi Kebangsaan - Mytid
Related Posts
Johan pertandingan bola sepak lelaki bawah 12 tahun peringkat MSSZBS 2009
Majlis Sukan sekolah SK. Holy Trinity 2009
Latihan sukan sekolah
Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah
Mini Karnival PPDa anjuran bersama Pelatih IPG Kampus Tawau dan UBDK SK Holy Trinity
Majlis penutupan bulan kemerdekaan peringkat sekolah SK Holy Trinity 2018
0 comments:
Post a Comment