Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah
Pada 1 Oktober 2015, sekolah ini telah mengadakan Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah. Hari Kokurikulum ini diadakan bagi menggantikan kejohanan sukan peringkat sekolah yang tidak dapat dijalankan akibat masalah jerebu.Hari Kokurikulum masih mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menggalakkan murid-murid menjadi lebih aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum serta mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan murid-murid. Selain itu, ianya juga dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan sempena Hari Kokurikulum ini ialah pertandingan melukis, pertandingan mawerna, pertandingan karaoke, dan pertandingan peragaan pakaian.
Related Posts
Majlis Sukan sekolah SK. Holy Trinity 2009
Latihan sukan sekolah
Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah
Mini Karnival PPDa anjuran bersama Pelatih IPG Kampus Tawau dan UBDK SK Holy Trinity
Majlis penutupan bulan kemerdekaan peringkat sekolah SK Holy Trinity 2018
Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik Dan Kokurikulum
0 comments:
Post a Comment