Program RIMUP - SK. Holy Trinity Dan SK Bandar 2 Tawau

, , No Comments
RIMUP ialah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Ia bertujuan bagi melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama, dan budaya dapat hidup dan bekerja bersama dengan harmonis supaya mewujudkan masyarakat dan negara yang aman dan damai.

RIMUP memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid dari sekolah berlainan aliran dapat berintegrasi dengan aktifnya dan positifnya. Pada tahun ini SK Holy Trinity dipasangkan dengan SK Bandar 2 Tawau bagi melaksanakan RIMUP. Segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Diharap program ini membawa seribu makna kepada semua yang terlibat dalam program ini.

Majlis perasmian Program RIMUP telah disempurnakan oleh En. Santhiran yang juga merupakan Guru Cemerlang. Dalam ucapan beliau menggesa agar murid-murid mengekalkan perpaduan kaum yang diperjuangkan oleh kerajaan selama ini dengan mengeratkan lagi persafahaman antara satu sama lain. RIMUP merupakan salah satu cara mengekalkan keharmonian pelbagai kaum.


Klik image untuk membesarkannya.


















0 comments:

Post a Comment