Hari ini SK. Holy Trinity mengadakan upacara sembahyang khas untuk penumpang dan krew penerbangan Malaysia MH370 yang masih hilang.
Bagi pelajar yang beragama Islam, murid-murid mengadakan solat di Dewan Terbuka SK. Holy Trinity yang diimamkan oleh Ustaz Azri Murad. Sementara murid-murid yang beragama kristian, upacara sembayang khas diadakan di dewan gereja Holy Trinity Tawau yang dikendalikan oleh Rev. Father David Garaman. Upacara sembahyang khas ini diadakan pada pukul 7.00 pagi. Semoga murid-murid dan wagra sekolah terus mendoakan MH370 dalam doa masing-masing agar pencarian MH370 ini dipermudahkan.
Warga sekolah sentiasa mengikuti perkembangan pencarian MH370 kerana terdapat 239 nyawa dalam pesawat yang belum diketahui nasibnya lagi.
0 comments:
Post a Comment