Kempen Anti Dadah Peringkat Sekolah SK. Holy Trinity

, , No Comments
Pada 2 hingga 6 Mac 2009 yang lalu, kempen Anti Dadah telah diadakan diperingkat sekolah SK.Holy Trinity Tawau.

Bermula dengan pelancaran kempen Anti Dadah pada 2 Mac 2009, perutusan khas daripada Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah dibacakan di majlis perhimpunan sekolah oleh guru Pendidikan Pencegahan Dadah, Puan Nur Hidayati Abdullah.

Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen ini. Antaranya ialah program 5 minit dalam sehari iaitu menyampaikan informasi tentang bahaya dadah. Selepas informasi bahaya dadah disampaikan, kuiz berkaitan dengan informasi bahaya dadah diberikan kepada murid-murid. Murid-murid yang berjaya menjawab kuiz dengan tepat mendapat hadiah istimewa daripada penganjur. Selain daripada itu, aktiviti lain yang diadakan sepanjang kempen Anti Dadah ini adalah menyanyi lagu PPDA dan lagu PINTAR.

Adalah diharapkan kempen seumpama ini akan dapat menyemai rasa benci terhadap rokok dan dadah di kalangan murid-murid sekolah dan seterusnya melahirkan generasi yang sihat tanpa dadah.

Artikel disumbangkan oleh Puan Nurhidayati Abdullah

0 comments:

Post a Comment