Highly Immersive Program Showcase SK Holy Trinity

, , No Comments
SK Holy Trinity dengan jayanya menganjur aktiviti HIP Showcase yang merupakan program Panitia Bahasa Inggeris yang diketuai oleh En. Andi Mohd Syahmi Afiq. HIP Showcase ini merupakan acara penutup untuk tahun ini aktiviti-aktiviti HIP yang dijalankan sejak awal tahun. SK Holy Trinity merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih sebagai perintis menjalankan program HIP.

HIP merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah.

HIP Showcase peringkat SK Holy Trinity telah dilancarkan oleh En. Reynaldo iaitu wakil daripada PPD Tawau. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti koir, storytelling, puppet show, choral speaking dan tarian. Tetamu jamputan daripada ST Patrick turut mempersembahkan persembahan mereka. Beberapa buah sekolah turut dijemput untuk menyaksikan HIP Showcase dimana sekolah-sekolah tersebut juga akan melaksanakan HIP di sekolah masing-masing pada tahun hadapan.














0 comments:

Post a Comment