Jasamu Dikenang Mr. Fred Lajot JR

, , No Comments

Sekalung ucapan tahniah buat Mr. Fred Lajot JR yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar baharu di SK ST. Patrick Tawau. Beliau merupakan bekas Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah ini sejak 2010.

SK Holy Trinity sekali lagi kehilangan seorang pentadbir yang begitu prihatin akan kebajikan kakitangannya. Tidak hairanlah beliau begitu disenangi oleh kakitangan sekolah. Selama beliau bertugas di sekolah ini, beliau banyak membantu Guru Besar dari segi kecemerlangan akademik murid-murid khususnya keputusan peperiksaan UPSR sentiasa di landasan yang betul. Sekolah juga sekali lagi kehilangan guru Bahasa Inggeris selepas kehilangan Puan Matilda yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SK Batu Payong pada tahun lepas.

Kami warga sekolah yang ditinggalkan mengucapkan tahniah dan semoga terus cemerlang dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan sebagai Guru Besar di sekolah baharu.



0 comments:

Post a Comment