Program Kem Membaca 1 Malaysia 2016

, , No Comments
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaaan dalam kalangan murid.

Aktiviti KM1M turut dilaksanakan di Sekolah ini bagi menyahut seruan kementerian untuk menjadikan murid mengamalkan budaya membaca dan cintakan ilmu.

Program KM1M peringkat sekolah dilancarkan oleh En. Leonilo Mirasol, Guru Besar SK Holy Trinity Tawau. Dalam ucapan alu-aluan beliau menggalakkan murid-murid membaca pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Tahniah kepada AJK yang terlibat menjayakan program KM1M 2016 peringkat sekolah.













0 comments:

Post a Comment