Semakan Keputusan UPSR 2015

, , No Comments
Tarikh rasmi keputusan UPSR 2015 diumumkan pada hari ini 17/11/2015. Calon UPSR boleh mendapatkan keputusan tersebut melalui kerani sekolah bermula jam 10 pagi ini. Bagi calon yang bercuti awal, Kementerian Pendidikan Malaysia turut menyediakan perkhidmatan semakan keputusan secara sistem pesanan ringkas MySMS 15888.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada calon UPSR sekolah ini yang berjaya mendapat 5A pada tahun ini. Ucapan tahniah juga kepada calon yang lulus dalam peperiksaan UPSR. Teruskan usaha anda sehingga berjaya dalam hidup yang diimpikan. Buat calon yang gagal, usah menangis lagi kerana UPSR bukan penamat masa depan anda. Ini hanyalah halangan kecil daripada beberapa halangan besar yang bakal anda lalui.











0 comments:

Post a Comment