Dalam Kenangan, Ustazah Nur Fitriati Sukarno

, , No Comments
Perginya permata SK Holy Trinity, Ustazah Nur Fitriati Sukarno

Seorang warga SK Holy Trinity iaitu Ustazah Nur Fitriati Sukarno disahkan meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan maut di kilometer 40 Jalan Kimanis Keningau. Beliau dalam perjalanan dari Tawau ke Kimanis berserta 5 penumpang yang lain gagal mengawal kenderaan semasa menuruni bukit menyebabkan kereta yang dipandu terbabas dan terbalik ke laluan bertentangan. Mangsa dan empat penumpang dalam kenderaan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian. Seorang anak kepada salah seorang penumpang  yang berumur 2 tahun mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di hospital QEH.

Berdasarkan siasatan awal pihak polis, keluarga dalam perjalanan dari Tawau ke Kimanis apabila pemandu, Nur Fitriati hilang kawalan kereta hingga menyebabkan  kereta yang dipandu terbabas dan terbalik beberapa kali.

Kejadian ini merupakan satu kehilangan buat warga SK Holy Trinity. Beliau sudah bertugas di sekolah ini selama 5 tahun. Beliau seorang guru yang dedikasi, periang dan mesra kepada semua warga sekolah.

MTQ 2012 : Nur Fitriati


Majlis Makan Malam Murid Tahun 6




0 comments:

Post a Comment