Sumbangan duit raya oleh Dr. Jeffry Japar

, , No Comments
Oleh : Subiarnie Sumasse

Hari ini sekolah Holy Trinity Tawau amat bertuah kerana telah dipilih oleh Dr Jeffry Bin Japar dan Dr. Anina Abu Bakar untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada murid-murid yatim dan fakir miskin. Seramai 16 orang murid layak menerima bantuan tersebut.

Majlis penyampaian duit raya diadakan di Dewan Mini Sk. Holy Trinity. Penyampaian duit raya ini disaksikan oleh Guru Besar SK Holy Trinity Tawau, En Leonilo Mirasol.

Dalam majlis penyampaian sumbangan duit raya ini juga, Dr. Jeffry mengumumkan berita gembira khususnya kepada bakal calon UPSR pada tahun ini, dimana beliau akan menghadiahkan wang tunai sebanyak RM100 kepada setiap murid yang berjaya mendapat 5A UPSR 2012.


0 comments:

Post a Comment