Pelancaran Motivasi Tahun 6 2011

, , No Comments
 Oleh : Cikgu Subiarni Summase

Hari ini, 19.02.2011 bersamaan hari Sabtu, Sk.Holy Trinity Tawau telah mengadakan Majlis Pelancaran Motivasi UPSR 2011 dengan Motto "Cemerlang 5A". Pada tahun ini jumlah calon UPSR adalah seramai 146 orang murid.

Pelancaran motivasi kali ini dimulakan dengan solat hajat dan bacan yassin yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Azri Murad. Manakala murid-murid non-muslim  bersembahyang menurut ajaran kristian di bawah bimbingan En. Fred Lajot JR ( Penolong Kanan Kurikulum ) dibantu oleh En. Hou Chun Shin  dan En. Nicoles Victive.

Selesai sahaja program solat, majlis perasmian pelancaran motivasi UPSR dimulakan dengan penyerahan Pas Pelajar UPSR Tahun 6 oleh YDP PIBG En. Jupri Demabela diikuti oleh Tuan Guru Besar Sk. Holy Trinity, AJK PIBG dan guru-guru tahun 6.

Selesai majlis penyerahan pas pelajar kepada calon UPSR 2011, majlis diteruskan dengan ceramah motivasi kendiri yang disampaikan oleh En. Santhiran a/l Arumugam ( Guru Cemerlang ) Sk. Holy Trinity.

Majlis pelancaran berakhir pada pukul 12.30pm.

0 comments:

Post a Comment