Cuti Berganti & Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2011

, , No Comments
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah yang memohon untuk mengambil Cuti Peristiwa dan cuti tambahan berganti sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 3 Februari hingga 4 Februari 2011. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa pihak sekolah perlu menjalankan hari persekolahan berganti sebanyak 2 kali pada hari Sabtu yang berikut:-
Tarikh Cuti Jenis Cuti Tarikh Ganti Jadual Waktu
yang Digunakan
31.1.2011
(Isnin)
Cuti Berganti 22.1.2011
(Sabtu)
Isnin
1.2.2011
(Selasa)
Cuti Berganti 19.2.2011
(Sabtu)
Selasa
2.2.2011
(Rabu)
Cuti Peristiwa Tidak Perlu Ganti -
Pelajar sesi pagi dan sesi petang dikehendaki bersekolah seperti biasa pada tarikh-tarikh yang tersenarai di atas.

0 comments:

Post a Comment