Majlis restu ilmu 2010

, , No Comments
 Oleh : Cikgu Subiarni Summase

Majlis Restu ilmu merupakan majlis yang diilhamkan oleh Tuan Guru Besar En Leonilo Mirasol. Majlis ini mula diperkenalkan pada tahun 2008.

Objektif majlis ini diadakan adalah sebagai tanda simbolik murid-murid tahun enam telah tamat pengajiannya di Sekolah Rendah Holy Trinity. Justeru murid-murid diserahkan semula kepada para ibu bapa mereka.

Majlis ini dimulakan dengan murid-murid membawa sebatang lilin yang menyala ke arah Tuan Guru Besar lalu lilin tersebut dipadamkan oleh ibu bapa yang menyambut murid tersebut. Padamnya api lilin bermakna tamat sudah pengajian murid-murid tersebut di sekolah rendah. Kini adalah tanggungjawab ibu bapa meneruskan persekolahan anak mereka ke sekolah menengah pula.

Setiap kali majlis ini diadakan, selain daripada simbolik penyerahan semula murid-murid, majlis ini juga diserikan dengan pelbagai persembahan  menarik murid-murid tahun enam seperti persembahan tarian, nyanyian dan koir. Setiap persembahan yang mereka persembahkan adalah hasil kreativiti murid-murid itu sendiri.
























0 comments:

Post a Comment