Mencapai kemuncak kecemerlangan

, , No Comments
Semua pelajar, khususnya yakin untuk menjadi pelajar cemerlang. Hakikatnya, apabila anda membaca topic ini bermakna anda berminat.Ini merupakan langkah permulaan yang akan menjamin kepentingan dan masa depan yang cemerlang. Menurut peribahasa, “Perjalanan seribu batu mesti bermula dengan langkah pertama”.

Langkah yang pertama ialah langkah yang paling susah kerana wujudnya inersia, iaitu kecenderungan untuk berada dalam keadaan pegun. Daya fizikal yang kuat diperlukan untuk menolak sebuah kereta yang pegun, tetapi selepas ia telah bergerak, daya yang kurang diperlukan. Dengan cara yang sama, sesuatu masalah atau tindakan akan menjadi lebih mudah selepas anda telah memulakan langkah awal.

Banyak langkah diperlukan untuk mencapai kemuncak kecemerlangan. Bilangan langkah yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan bergantung kepada keadaan anda. Sekiranya anda seorang pelajar sederhana, langkah yang kurang diperlukan dan sebaliknya seorang pelajar lemah memerlukan langkah yang banyak untuk mendaki kemuncak prestasi.

Tugas anda adalah seumpama suatu perjalanan. Jika destinasi dekat, seperti pergi ke rumah jiran, cepat dan mudah anda sampai. Sekiranya kita hendak melancong ke London, prosesnya adalah lebih rumit. Kita perlukan wang untuk membeli tiket kapal terbang dan wang adalah sumber terhad kepada ramai orang. Selain tiket, kita juga perlu merancang hal-hal seperti pasport, visa, penginapan, pakaian dan sebagainya. Sebuah peta yang menunjukkan kedudukan dan pelbagai jalan untuk sampai ke destinasi adalah amat berfaedah. Begitu juga, topik ini merupakan sebuah peta yang menunjukkan jalan ke kemuncak prestasi yang cemerlang.

Sebagai pelajar, anda juga perlu merancang untuk mencapai prestasi yang cemerlang. Seumpamanya jika anda hendak melancong ke London, anda boleh memecahkan tugas yang rumit kepada beberapa tugas kecil yang lebih mudah.

BELAJAR BAGAIMANA UNTUK BELAJAR
Ramai pelajar berkeupayaan mencapai peringkat kecemerlangan tetapi masih tertinggal dalam kumpulan sederhana kerana tiada motivasi dan strategi yang sesuai.

Tujuan muktamad pendidikan ialah menyediakan pelajar untuk kehidupan dewasa. Sebagai orang dewasa, anda mesti boleh belajar secara bersendirian tanpa bantuan guru. Falsafahnya adalah untuk mengajar anda memancing sendiri. Jika seorang dewasa memancing untuk anda, anda hanya akan dapat ikan apabila ia ada, tetapi jikalau anda juga mahir memancing sendiri, anda boleh mendapat ikan pada tiap-tiap hari tanpa bantuan orang dewasa. Anda perlu belajar bagaimana belajar tanpa bantuan guru.

Rujukan :

0 comments:

Post a Comment