SK. Holy Trinity Johan Choral Speaking peringkat Zon Bandar Selatan

, , No Comments
Pertandingan Choral Speaking peringkat Zon Bandar Selatan telah diadakan di Dewan Gereja Holy Trinity Tawau. Sekali lagi Sekolah mengekalkan kejuaraannya dengan mengenepikan tiga buah sekolah lain iaitu SJK(C) Kung Ming, SK. Taman Tawau dan SJK(C) Hing Hwa. Pengadil yang mengadili pertandingan pada tahun ini terdiri daripada Puan Esther ( SM Holy Trinity ), Puan XX ( SK. ST. Patrick ), dan Puan XXX. ( update kemudian )

SK. Holy Trinity akan mewakili Zon Bandar Selatan ke pertandingan peringkat daerah Tawau yang akan diadakan di Dewan Holy Trinity pada 28 April 2009. Pasukan sekolah dibawah bimbingan guru-guru bahasa Inggeris yang diketuai oleh Puan Matilda mempunyai cabaran besar untuk mengekalkan kejuaraan sekolah pada tahun lepas. Untuk rekod, sekolah Holy Trinity telah mewakili daerah Tawau ke peringkat negeri pada tahun lepas.




0 comments:

Post a Comment