Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah

, , No Comments
Sekolah Kebangsaan Holy Trinity telah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah. Sambutan bulan kemerdekaan ini telah diadakan mulai 1 Ogos hingga 16 September 2008. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang sambutan bulan kemerdekaan.

Antara program yang dirancang sepanjang bulan kemerdekaan adalah memasang bendera di kawasan sekolah dan juga dalam bilik darjah. Terdapat juga program yang dirancang berunsur pertandingan yang melibatkan murid-murid sekolah seperti kuiz tentang kenegaraan, Teka silang, pertandingan koir lagu-lagu patriotik mengikut kelas, melukis dan mewarna bendera Malaysia dan banyak lagi.

Sambutan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman murid-murid erti kemerdekaan dan meningkatkan lagi semangat cintakan negara Malaysia. Program khas ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid. Kerjasama yang erat antara kakitangan sekolah juga telah melicinkan lagi perjalanan aktiviti.

Penutupan program ini dijangka akan diadakan pada 16 Sept 2008. Acara kemunak adalah perasmian penutupan oleh Guru Besar iaitu Encik Leonilo Mirasol, persembahan koir dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

0 comments:

Post a Comment