SK. Holy Trinity sasar 30 orang murid dapat 5A UPSR 2008

, , No Comments
Oleh : fran

SEKOLAH Kebangsaan Holy Trinity Tawau, Sabah mensasarkan 30 orangmurid daripada 170 murid yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan 5A.

Penyelaras Tahun Enam, Encik Jabreh Kangit, berkata sasaran itu diletakkan berdasarkan keputusan memberangsangkan tahun lalu apabila seramai 21 murid memperoleh keputusan cemerlang itu.

Sekolah mensasarkan calon memperoleh 5A meningkat dan meletakkan keyakinan menerusi program kecemerlangan yang diatur sasaran itu mampu dicapai.

Pihak sekolah sudah mengatur pelbagai program kecemerlangan termasuk program motivasi peperiksaan, sebagai langkah terakhir bagi memberi maklumat terkini kepada pelajar sebelum menghadapi peperiksaan. Disamping itu program bimbingan berterusan kepada murid dapat meningkatkan lagi penguasan murid dalam pembelajaran.

Kerjasama yang padu semua guru juga akan menjadi kunci kejayaan sekolah untuk mencapai sasaran 30 orang murid dapat 5A.

0 comments:

Post a Comment