Majlis Anugerah Cemerlang 2008

, , 1 comment
Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah telah diadakan kelmarin di Dewan Gereja Holy Trinity. Majlis anguerah pelajar cemerlang ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Brid.Jen. Datuk Liew Yun Fah. Selain daripada penganugerahan sijil kepada murid-murid cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, hadirin juga dipersembahkan dengan persembahan istimewa daripada murid-murid Holy Trinity dan persembahan koir daripada pelajar SM St. Ursulla.

Anugerah Murid cemerlang pada tahun 2008 dianugerahkan kepada Adik Mohd. Fikri Mohd. Rawi yang kini bersekolah si Sekolah Menengah Sains Lahad Datu. Bagi kategori murid perempuan cemerlang dianugerahkan kepada adik Nurul Asyiqeen binti Haidir yang kini menuntut di SMK Tawau. Selain cemerlang dalam pelajaran, mereka berdua pernah mewakili pelbagai kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.


Anugerah murid terbaik keseluruhan 2008 ( Mohd.Fikri bin Mohd Rawi dan Nurul Asyiqeen Haidir )



Antara Murid Yang Mendapat 5A UPSR 2008



Penerima Anugerah Cemerlang UPSR ( Mohd. Fikri Zhafran Mohd. Rawi )



Persembahan Tarian Tahap 1



Persembahan Tarian Tahap 1



Persembahan Tarian Tahap 1


Ini Juruacara Tetap Sk. Holy Trinity


Orang Kuat PA System ( Nick dan Anuar )





Sekalung penghargaan :

Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Cemerlang 2008 Sk.Holy Trinity Tawau Ingin Merakamkan Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada :

Ybhg. Brid.Jen. Datuk Liew Yun Fah
Encik Phillip Lee
Encik Almerio Farguino @ Alex
Lembaga Sekolah
PIBG SK.Holy Trinity
K.Book Store
Kantin Sekolah

Serta SEMUA pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis anugerah pelajar cemerlang ini.

Ampun dan maaf dipinta sekiranya terdapat sekiranya terdapat kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.


1 comment:

  1. sekulah ku bha niyh... jahahahah/.....
    mna gmbar yg len....

    ReplyDelete